Unlimited HostingFree Joomla TemplatesProfessional Joomla Templates
Home Soalan Lazim (FAQ)

FAQ

  Frequently Asked Questions (FAQ)

 1. Bagaimana permohonan untuk memasuki asrama harian di sekolah-sekolah
    
negeri Melaka ?

      Permohonan adalah terbuka kepada semua murid yang bersekolah dan boleh dibuat
     terus ke sekolah-sekolah yang mempunyai asrama dengan berjumpa
Pengetua/Guru Besar/
     Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk
mendapatkan borang permohonan memasuki
     asrama sekolah berkenaan.

 2. Apakah kriteria untuk memasuki asrama harian negeri Melaka ?

     Kriteria yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan Asrama Kementerian Pelajaran Malaysia
     adalah seperti berikut :

      2.1 Warganegara Malaysia
     
2.2 Jarak rumah yang jauh dari sekolah
     
2.3 Ancaman keselamatan ketika hendak ke sekolah
     
2.4 Berdasarkan kekosongan di asrama sekolah berkenaan

 3. Bagaimana ingin memohon Tender Bekalan Makanan Bermasak Asrama ?

    Permohonan Tender Bekalan Makanan Bermasak Asrama adalah berdasarkan iklan
   
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di akhbar-akhbar tempatan 
    dari semasa ke semasa.    

Terakhir dikemaskini (Khamis, 21 Mac 2013 10:37)