Unlimited HostingFree Joomla TemplatesProfessional Joomla Templates
Home Yuran Makan Asrama

Yuran Makan Asrama (YMA)

Maksud Perbelanjaan Yuran Makan Asrama (YMA)
(Sedutan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010)

Perbelanjaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  1. Pembekalan/penyediaan makanan harian mengikut menu yang telah ditetapkan,
  2. Penyediaan makanan tambahan untuk murid asrama termasuk menyediakan jamuan khas, dan
  3. Pembelian peralatan dapur dan bahan bakar bagi asrama yang melaksanakan kaedah pembekalan bahan mentah.

Yuran dikenakan berdasarkan pendapatan ibu dan bapa/penjaga serta kategori keluarga seperti berikut:

  • Jumlah pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga RM5,000 dan ke atasĀ - Kadar yuran sehari adalah RM3.00.
  • Jumlah pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga melebih RM5,000 - Kadar yuran sehari adalah RM1.00.
  • Murid di bawah kategori Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Orang Asli, Pendidikan Khas, Asrama Desa, Asrama Sekolah Model Khas - Dikecualikan dari membayar Yuran Makan Asrama daripada Perbendaharaan Malaysia.

Sekolah perlu memastikan Yuran Makan Asrama dikutip. Sekirannya ibu bapa/penjaga enggan membayar, sekolah boleh mengambil tindakan menahan keputusan peperiksaan atau Sijil Berhenti Sekolah.

Sebarang pengecualian bayaran Yuran Makanan Asrama adalah di bawah bidang kuasa Perbendaharaan Malaysia.