Unlimited HostingFree Joomla TemplatesProfessional Joomla Templates
Home Bantuan Koku Asrama

Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)

Maksud Perbelanjaan Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)
(Sedutan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010)

Bantuan ini boleh digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti berikut:

  1. Program Asrama Terbilang,
  2. Sukan dan permainan penghuni asrama, dan
  3. Aktiviti sokongan pembentukan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik).

Perbelanjaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  1. Makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid,
  2. Penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna, dan
  3. Pembelian serta penyelenggaraan peralatan kokurikulum asrama.

Kadar bantuan adalah seperti berikut:

  1. Sekolah Rendah - RM15 seorang murid setahun.
  2. Sekolah Menengah - RM20 seorang murid setahun.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 20 April 2011 11:48)